JeritanBlog telah ditukar nama BelajarBlogs...
Home » » Tips Untuk Meningkatkan Trafik Blog

Tips Untuk Meningkatkan Trafik Blog

Memiliki blog yang bertraffic tinggi merupakan impian bagi setiap blogger. Jika ramai pelawat datang ke blog , maka para advertiser atau pemasang iklan akan datang ke blog kita untuk beriklan jadi duit akan terus mengalir ke dalam dompet anda.

Oleh kerana itu, tidak heran jika setiap webmaster selalu berlumba-lumba mencari segala cara untuk meningkatkan trafik blognya. Tetapi untuk memiliki blog yang bertrafik tinggi itu tidaklah mudah. Kita harus mengorbankan banyak waktu, tenaga, fikiran dan duit untuk mewujudkannya. Tetapi percayalah selama anda mempunyai tekad dan niat yang kuat maka apapun impian anda boleh tercapai.

Ada dua perkara yang penting untuk meningkatkan trafik blog.

1.Entri
Entri adalah raja. Setiap pengunjung yang datang ke blog anda adalah untuk membaca konten anda (mencari informasi, penyelesaian, dan idea). Oleh itu, tulislah ebtri yang berkuali dan bermanfaat bagi pengunjung agar mereka selalu kembali ke blog anda.

2.Promosi
Setelah memiliki entri, langkah selanjutnya yang harus anda lakukan adalah promosi. Promosi merupakan jantung dari bisnis. Tanpa promosi sebaik apapun entri anda tidak ada siapa yang tahu. Jadi jika anda ingin menghasilkan trafik yang melimpah. Maka langkah ini wajib anda lakukan.

Berikut adalah cara-cara untuk mempromosikan blog anda.

1. Mendaftar blog anda ke search engine.

2. Mendaftar blog ke blog direktori seperti Technorati, Mybloglog, dan Blogcatalog.

3. Submit artikel anda ke social bookmarking. Untuk artikel inggirs submit ke Technorati, Digg, Google Buzz, Stumbleupon dan delicious.

4. Mencantumkan alamat blog anda pada Laman Web sosial seperti Facebook, Friendster, hi5 dan myspace.

5. Mencantumkan alamat blog pada signature email.

6. Aktif di forum dengan mencantumkan alamat blog pada bahagian signature.

7. Blogwalking
Ini merupakan cara termudah untuk mempromosi blog anda. Selain dapat meningkatkan trafik blog. Cara ini juga dapat menjalin tali silahturahim antara sesama blogger.

8. Meninggalkan komentar diblog lain. Hampir sama dengan blogwalking dimana bertujuan untuk meninggalkan jejak di blog lain. Jangan lupa untuk meletakkan alamat blog anda agar pemilik blog dapat membalas kunjungan anda.

9. Pasang iklan di lama web iklan baris seperti forumiklan.com, iklanbisnisku.com, Iklanplaza.com, dan lain-lain.

10. Memasang widget Blogupp.

Sebenarnya masih banyak cara-cara lain. Tapi saya yakin cara-cara diatas sudah cukup untuk mendatangkan trafik bagi blog anda.

Selamat mencuba.

2 ulasan:

  1. Tak berapa jelas ttg blog up...untuk ape tu bro, nampak cam biasa jerr...apepun den try pasang gak dlm seari dua ni, nk tgk impaknya...terima kasih.

    BalasPadam