JeritanBlog telah ditukar nama BelajarBlogs...
Home » » Semak keputusan peperiksaan menggunakan SAPS

Semak keputusan peperiksaan menggunakan SAPS



SAPS yang bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah perkhidmatan semak keputusan dan analisis peperiksaan murid secara online yang diberikan percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara tidak langsung kita boleh pantau prestasi anak-anak kita dari semasa ke semasa.
Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar.
Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  • Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahunpeperiksaan.
  • Klik butang Semak Laporan,  
  • Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
  • Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.
 

2 ulasan: