JeritanBlog telah ditukar nama BelajarBlogs...
Home » » Jaga Diberkas

Jaga Diberkas


SUSPEK yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank AmBank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, di bawa ke Mahkamah Petaling Jaya selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, semalam. - Foto Muhd Zaaba Zakeria




Kuala Lumpur: Selepas 19 hari bersembunyi di beberapa rumah dan bangunan kosong sekitar Johor, pengawal keselamatan yang disyaki menembak mati seorang wanita pegawai AmBank di Subang Jaya bulan lalu, ditangkap semalam sebelum sempat meloloskan diri ke Indonesia.

Lelaki yang menggunakan nama Ardi Hamza, di percayai berasal dari Sulawesi, Indonesia itu menaiki pengangkutan awam seperti teksi dan bas untuk keluar dari Lembah Klang ke Johor, selepas kejadian pada 23 Oktober lalu.

Polis bertindak pantas Bagaimanapun, kecekapan dan kepantasan polis berjaya menahannya ketika bersama orang ramai di jeti Tanjung Belungkor, di Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk meloloskan diri ke Batam, Indonesia.


Menurut sumber, dia dipercayai merancang menyeberangi sempadan melalui laluan tikus di perairan Johor.

“Lokasi persembunyian tidak jauh dari perairan Johor yang diketahuinya ada beberapa laluan tikus yang digunakan sindiket untuk menyeludup keluar warga asing tanpa dokumen sah ke perairan Jawa Barat, Indonesia.

“Antara lokasi laluan tikus ialah sekitar perairan Mersing, Pengerang, Teluk Ramunia dan Tanjung Sedili di Kota Tinggi kerana kedudukannya dianggap strategik berhampiran perairan Indonesia.

“Suspek ditahan dalam kalangan orang ramai yang mahu menaiki feri. Suspek dikatakan berada di lokasi itu bagi mendapatkan bantuan tekong sindiket pemalsuan dokumen dan penyeludupan pendatang asing tanpa izin untuk keluar dari sempadan negara.


sumber :- bharian.com.my

0 comments:

Blogger Tricks And TipsComment here