Selamat datang ke BelajarBlogs...
Home » » Nasyid Macam Cantik Jer Macam Comel Jer

Nasyid Macam Cantik Jer Macam Comel Jer

Alhamdulillah!! Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya lah saya dapat menyiapkan secara full recording lagu parodi Islamik “MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER”(Ilham video Awek Legoland). Ini disebabkan slps sy upload video lagu ini versi nyanyian sy bersama piano solo minggu lps, byk stesen radio yg meminta sy merakamkannya secara penuh utk dimainkan di radio mereka. Motivasi sy utk siapkan lagu ini secara full recording juga adalah disebabkan sokongan LUAR BIASA anda semua! Ramai yg x henti2 inbox sy dan suruh sy rakamankn lagu ini. Semoga Allah S.W.T. membalas jasa anda semua. Apa yg penting, jom kita ambil manfaat drpd lagu ini dan marilah sama2 kita bersyukur dengan nikmat-Nya yang tak terhitung banyaknya.
Untuk info lanjut sila layari www.amar.com.my




 Liriknya di sini:-

MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER
PERHATIKAN KEINDAHAN ALAM DAN DIRI
BETAPA AGUNGNYA KUASA ILAHI
HEBATNYA DIA YANG MAHA PENCIPTA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR
KECANTIKAN KEINDAHAN YANG DIBERI
HANYA PINJAMAN SEMENTARA
SEBAGAI UJIAN UNTUK KITA
APAKAH BERSYUKUR ATAU SEBALIKNYA
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEMUA CIPTAAN ALLAH
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEGALA PUJIAN KEMBALI PADA-NYA
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
INDAHNYA TUHAN CIPTAKAN KITA
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
AJAIBNYA ALAM SEMESTA
RAP:
Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah
Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa.

BERSYUKURLAH KITA DENGAN NIKMAT-NYA


Lagu & penerbit: AMAR
Lirik: Magictawau Alif (Magician Sabah)
Senikata rap: AMAR
Senikata tema: Syasya Solero
Susunan muzik, piano, string & pad: AMAR
Gitar: Along Exist
Drum: Ujang Exist
Bass: Kelly
Studio: Ada Exist Studio
Mixing & mastering: Along Exist
Hak cipta: AMAR MAGICAL CONSULTANT AND TRAINING (www.amar.com.my)

***Penghargaan istimewa juga kpd Page2 ternama dan berpengaruh yg pernah mempromosi atau memberi sokongan kpd lagu ini sehingga meletup iaitu:-

2 ulasan: