Selamat datang ke BelajarBlogs...
Home » » Nilai ringgit semakin susut...

Nilai ringgit semakin susut...



Pada post yang lepas  Nilai ringgit susut sebanyak 20 peratus  menunjukkan 1 Dollar singapura tukaran dengan malaysia 2.85 dan hari ini semakain susut ke 2.96....



KEBIMBANGAN mengenai lebihan bekalan minyak telah mendorong satu lagi pusingan momentum penjualan hari ini dalam mata wang ekonomi yang terkait dengan eksport minyah mentah, termasuk ringgit.
Ringgit ditutup 0.75 peratus lebih rendah berbanding dolar US hari ini dalam jualan besar-besaran berikutan penurunan harga minyak West Texas Intermediate (WTI) dan Brent, yang banyak didagangkan pada peringkat antarabangsa.
"WTI, yang tergelincir hampir kepada US$40 setong dan Brent, yang jatuh di bawah US$47 setong hari ini, mencetuskan penjualan tersebut.
"Momentum jualan turut dirasai oleh mata wang daripada ekonomi yang terkait  dengan eksport mentah hari ini, seperti dolar Kanada, peso Mexico, Ruble Rusia serta rupiah Indonesia," kata seorang peniaga kepada Bernama.
Pemain matawang telah berulang kali mengaitkan turun naik semasa dan penyusutan nilai ringgit dengan kebimbangan mengenai lebihan bekalan minyak mentah dunia, dan setiap kejatuhan WTI dan Brent akan meningkatkan jualan mata wang tempatan itu, katanya.
"Spekulator menggunakan alasan penurunan harga minyak mentah untuk menjual ringgit, dengan mendakwa Malaysia adalah pengeksport minyak sepenuhnya," katanya.
Seorang lagi peniaga, berkata ketidaktentuan mengenai hala tuju dasar dalam negara ekonomi utama, seperti keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan penurunan nilai yuan China juga mempengaruhi ringgit sejak kebelakangan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menenangkan kebimbangan mengenai penurunan mata wang, berkata beliau tidak akan menambat ringgit kepada dolar US atau melaksanakan kawalan modal.
"Fleksibiliti kadar pertukaran adalah amat penting bagi menyerap pelarasan global dan turun naik," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.1350/1400 berbanding dolar US dari 4.1040/1090 yang direkodkan semalam. - Bernama


Kadar pertukaran bagi Dolar Singapura

Kadar pertukaran bagi Dolar US

2 ulasan: