JeritanBlog telah ditukar nama BelajarBlogs...
Home » » Nilai ringgit susut sebanyak 20 peratus

Nilai ringgit susut sebanyak 20 peratus

Nilai ringgit susut sebanyak 20 peratus dalam tempoh hampir lapan bulan sepanjang tahun 2015. 


KUALA LUMPUR – Penyusutan nilai ringgit berban­ding dolar Amerika Syarikat (AS) sepanjang lima tahun lalu telah mencecah lebih 30 peratus, kata para penganalisis.

Menurut Dekan Fakulti Perniagaan, Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Dr. Yeah Kim Leng, pada tahun ini sahaja mata wang Malaysia itu telah menurun sebanyak 20 peratus yang menyaksikan nilai ringgit semalam ditutup pada paras RM4.0398 berbanding dolar iaitu yang terburuk dalam tempoh 17 tahun sejak krisis kewa­ngan Asia 1998.

Jelas beliau, krisis harga minyak mentah global yang bermula pada tahun 2013 telah memburukkan lagi keadaan.

“Antara faktor penyusutan ringgit ialah penurunan harga minyak mentah glo­bal, peningkatan defisit fiskal, serta faktor domestik melibatkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang mendorong kepada kenaikan inflasi.

“Dengan pengukuhan kembali salah satu kuasa ekonomi terbesar dunia iaitu AS bermula tahun lepas, ia menambah lagi tekanan kepada ringgit dan mata wang lain disebabkan dolar AS terus mengukuh.

“Ini sekali gus mewujudkan keadaan turun naik dalam pasaran global termasuk Malaysia yang di­sebabkan oleh sentimen ketidakpastian tempoh kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS yang dikenali sebagai Taper Tantrum,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubu­ngi di sini semalam.



Kadar pertukaran bagi Ringgit Malaysia kali terakhir dikemaskini pada 12 Ogos 2015 daripada Tabung Kewangan Antarabangsa. Kadar pertukaran bagi Dolar Singapura kali terakhir dikemaskini pada 12 Ogos 2015 daripada Tabung Kewangan Antarabangsa.

Artikel : http://www.kosmo.com.my/

0 comments:

Blogger Tricks And TipsComment here