JeritanBlog telah ditukar nama BelajarBlogs...
Home » » Periksa Kenderaan sebelum berjalan jauh

Periksa Kenderaan sebelum berjalan jauh

Honda Accord CD5 (import Japan 95) Vtec 2.2 
Mengikut pengalaman yang nik ada dan tengok sekeliling orang lain kebanyak kita tidak memeriksa kenderaan bila ingin pergi balik kampung. Kebanyakan yang nik tengok kat pelajar kolej nik ,perempuanlah yang tau memandu dan membasuh kenderaan tapi kalau bab dalam enjin tidak pernah pon usik.

Kalau nak bagi panjangkan lagi jangka hayat kereta kalian periksalah kenderaan paling malas pon 1 bulan sekali atau malas sangat bila ingin pergi ke tempat jauh periksalah sehari sebelum bertolak .Bila ada masalah mungkin sempat nak repair kerosakan tersebut.


Pesanan dari nik yang kena ambik tau jangan membuka tutup radiator masa enjin panas sebab nik dah pernah kena melecur separuh muka. Nasib baik x de parut .


Yang dibawah ini perkara yang pentinglah yang perlu ambil tahu.

1) Periksa Keadaan Minyak Enjin


Cabut dipstick dan bersihkan, Pasang kembali distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min.

2)  Periksaan kandungan Minyak Brake


Periksa level minyak brake pada tabung mesti berada diantara min dan max. Jika berkurang, tambahkan brake fluid dari jenis DOT3 atau DOT4. Lihat pada penutup untuk mengetahui jenis fluid yang digunakan. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air kalau minyak brake menitis pada body.

3)  Periksaan Minyak Power Stering



Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.Periksa keadaaan minyak power steering dan pastikan warnanya tidak hitam. Jika berwarna hitam, ianya wajib ditukar.

4) Pemeriksaan Air Radiator (coolant)



Periksa jumlah air radiator pada tangki simpanan. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang. Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent melimpah keluar.
 Biasanya beli kat kedai air radiator dan anda pon boleh guna air paip.

*jangan membuka tutup radiator masa enjin panas 


5)  Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi


Drive belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Drive belt tengok lah kalau kat tepi belt dah berbenang dan berbulu tu tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa fungsi kipas berjalan lancar.

9) Pemeriksaan Keadaan Tayar



Ukur tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan biasanya ada tulis kat tepi tayar berapa paling max . Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 200 kpa. Pastikan Bunga tayar tidak botak.Lihat di bahagian dalam biasanya makan dalam disebabkan aligment lari dan lihat jugak kat dinding tayar jika ada benjol perlulah tukar .

2 ulasan:

  1. Haritu temperature naik pun kemain menggelabah lagi taktahu apa nak knena buat TT_TT

    BalasPadam
  2. ermmm tu penting periksa kete :)

    BalasPadam