JeritanBlog telah ditukar nama BelajarBlogs...
Home » » Air Terjun Chemerong tertinggi di Malaysia

Air Terjun Chemerong tertinggi di Malaysia



Nik dengan kawan-kawan pergi bermandi di Air Terjun Chemerong setinggi 305 meter dan merupakan salah satu yang tertinggi di Malaysia. Dekat sana air jernih dan sesuai untuk mandi-manda. Kawasan persekitaran pon nyaman dan menyegarkan.Di sana ada banyak kawasan nak mandi tempat dalam atau biasa atau cetek cuma kena berjalanlah sikit , untuk kanak-kanak pon ada.

Nak pergi ke air terjun Chemerong jauh jugak dari jalan jalan utama.Jalan pon x delah teruk sangat dan kalau boleh bawak perlahan yang penting selamat sampai .Kami pergi pagi2 dengan tiga buah kereta dan balik pada waktu petang.Memang puas hati bermandi seharian .Persedian makanan pon bawak kalau x bawak kelaparanlah kami .


Hutan Lipur Chemerong terletak di Hutan Simpanan Pasir Raja dalam Daerah Dungun. Ia merangkumi kawasan seluas 292 hektar dan terletak kira-kira 30km dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan 100km dari Bandar Kuala Terengganu.

Kawan-kawan nik bakar ayam kalau rasa lapar naik makan .Untuk pergi bermandi atau bersiar  jangan  risau ada terdapat lorong pejalan kaki dan juga tangga-tangga konkrit disediakan untuk kemudahan para pengunjung.Kena berhati-hati kalau berjalan tu kalau masa hujan licin sikit.

Disini pon terdapat banyak tumbuh-tumbuhan dan tanaman herba yang anda boleh lihat.Di antara aktiviti-aktiviti lain yang dapat dilakukan oleh para pengunjung ke hutan lipur ini ialah berkhemah, merentas denai, mendaki gunung dan bersiar-siar.

0 comments:

Blogger Tricks And TipsComment here