JeritanBlog telah ditukar nama BelajarBlogs...
Home » » Visit Sabah (Kota Kinabalu)

Visit Sabah (Kota Kinabalu)

Pada minggu lepas baru abe nik ada masa untuk bercuti dan berjalan di sekitar sabah.Memang menarik jugak tempatnya.Abe nik sudah 3 bulan dan tidak sempat berjalan kerana sibuk dengan kerja.Abe nik mari disini kerana praktikal di Kota Kinabalu sambil untuk belajar mengenai sabah.Abe Nik pertama kali mari disini dan orang disini semua peramah setakat yang saya jumpalah kalau diluar sana abe nik tidak tahu bagaimana keadaan.Tapi memang orang-orang sini baik2.

Ahad lepas rakan praktikal abe nik ajak saya keluar makan untuk mengenali lagi tempat menarik di Sabah. Sebelum jalan ke tempat lain,dia ajak abe nik jalan2 cari makan di Grace point. Disana terdapat pelbagai jenis makanan tapi saya fokuskan makanan ethnic sabah sebab belum cuba lagi.



Apa yang kami makan ambuyat sejenis makan yang dibuat dari sagu guna chopstick atau biasa diorang panggil (candas) untuk menariknya ada cara.Mula2 tengok memang rasa macam pelik "apa nie x pernah tgk mcm gam" tapi bila rasa sedap jugak.Ambuyat nie cicah dengan kuah yang disediakan memang sedap ,rugi kalau x mencuba.

Disertakan dengan Tuhau rasanya agak kurang menyelerakan bahan utama dalam makanan ini ialah  batang tumbuhan Tuhau. Tumbuhan Tuhau ada bau yang sangat kuat seperti bau serangga dan tumbuhan ini hidup subur di kawasan hutan hujan terutamanya di Pulau Borneo.Yang ini memang saya tidak berapa selera untuk makan kerana baunya mcm serangga.

Hivana dan bahan  utamanya adalah isi ikan (biasanya ikan Tenggiri dan ikan Yu) yang dicampurkan bersama bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam. Selainya pulak makanan korea dan tidak perlu diterangkan kerana mesti anda semua sudah tahu hi3.


Selepas itu pergi Pantai Tanjung Aru tengok matahari terbenam.Memang tempatnya menarik dan bersih dan ramai jugak pelacong asing yang mari siap baring2 lagi .




Bila waktu malam kawan saya ajak  pergi Perdana Park berdekatan je ngan Pantai Tanjung Aru untuk melihat pertunjukan air mengikut irama lagu.Memang menarik tempatnya dan ramai orang yang melihatnya.



Selepas itu,kami pergi signal hill tengok pemandangan sabah yang indah pada waktu malam.Agak tinggi sikit untuk naik diatas ini dan boleh nampak semua keindahan bangunan dari atas ini.


Itu sahaja tempat yang kami pergi dan banyak lagi tempat menarik yang belum kami pergi. Jadi jika ada saya akan ceritakan lebih lanjut pada masa akan datang. Bye :)


2 ulasan:

  1. Assalam wbt. Wahh best nye bercuti ke Sabah. Kaki ni bila lah nk ke Sabah.. Doakan saya dapat jejak ke Sabah ye. Btw, new entry baru je updated! So apa lagi singgah and tinggalkan jejak. Yihaaa!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam
      ermm best jugak sana
      amin InsyaAllah ada rezeki boleh pergi...
      ok

      Padam