Selamat datang ke BelajarBlogs...
Home » » Berjalan di Pulau Manukan dan Pulau Sapi,Sabah

Berjalan di Pulau Manukan dan Pulau Sapi,Sabah





Saya ingin berkongsi pengalaman bergi bercuti pulau di Sabah.Tempatnya memang menarik dan selain daripada pelancong dari luar ,warga Malysia pun ramai yang pergi ke pulau. Kami pergi menaiki kenderaan dari bilik sewa saya berdekatan dengan KKIP ( Kota Kinabalu Industrial Park).

Fook Yuen Café & Baker
Sebelum Pergi ke Pulau kami semua makan pagi dahulu di Fook Yuen Café & Baker .Disini semuanya Halal dan  terkenal dengan roti buatan sendiri.Kedai ini terletak di area Gaya Street, tak jauh dari Pejabat Tourism Sabah. Pelbagai makanan disediakan seperti lauk-pauk, fishball, meatball, roti bakar, mi goreng, dim sum dan lain-lain.

Jesellton Point
Sebelum ke pulau pastikan bawa makanan dan minuman terlebih dahulu, sebab makanan yang disediakan di pulau kebanyakannya mahal.

Harga Tiket
Setiap syarikat akan menawarkan harga yang berbeza. Oleh itu kenalah pandai-pandai pilih jika anda ingin jimatkan perbelanjaan anda.

Untuk Borneo Ferry Tours & Travel
Dewasa: RM23 (1 Pulau), RM33 (2 Pulau), RM43 (3 Pulau), RM53 (4 Pulau).
Kanak-kanak: RM18 (1 Pulau), RM26 (2 Pulau), RM3628 (3 Pulau), RM46 (4 Pulau)

Pulau-pulau yang korang boleh pilih - Manukan, Mamutik, Sapi, Sulug, Gaya, Water Village 

Bayaran Terminal (Tidak termasuk dalam harga tiket)
Dewasa: RM7.63
Pelajar/Kanak-kanak: RM3.82 

Biasanya mereka juga ada juga menyewa barang untuk snorkeling atau jaket keselamatan,Harga saya tidak pasti dalam lingkungan RM15.00 ke RM20.00.

Naik Bot 
Waktu perjalanan tidaklah lama dalam 10 hingga 20 minit sahaja dan destinasi pertama  kami akan pergi adalah Pulau Manukan. Kami telah bincang dengan pemamdu bot mengenai masa dan pulau mana yang ingin pergi dengan kata sepakat seperti dibawah.

Pulau Manukan : 12:00 pm hingga 01.00 pm
Pulau Sapi         : 01:30 pm hingga 02:30 pm


Apabila smapai di pintu masuk, anda dikhendaki membayar yuran konservasi (entrance fee) sebelum masuk ke kawasan pulau. Berikut merupakan harga yuran yang dikenakan:

Warganegara 
RM 3.00 (18 Tahun dan Ke Atas), 
RM1.00 (Bawah 18 Tahun dan Warga Tua), 
50 Sen (Pelajar Bawah 16 Tahun)

Luar Negara 
RM 10.00 (18 Tahun dan Ke Atas), 
RM6.00 (18 Tahun Kebawah)



Pulau Manukan
Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman, taman laut negara yang pertama di Malaysia. Ia terletak di negeri Malaysia Timur Sabah, hanya di luar pantai Kota Kinabalu dan mudah diakses oleh bot.  Apa yang paling seronok, pulau ini sangat menarik untuk aktiviti menyelam atau snorkeling serta bersantai kerana suasananya yang begitu tenang dan cantik.Memang banyak ikan yang menarik didalam pulau itu.

Persiapan sebelum menyelam 


Pulau Sapi

Pulau Sapi pula sememangnya menjadi tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Kejernihan airnya seolah-olah tiada tandingan di situ.Pulau Sapi dianggap sebagai pulau terbaik di situ namun keluasannya yang terhad sudah tentu tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang ramai pada satu-satu masa.

Pada waktu siang di Pulau Sapi, aktiviti pantai seperti snorkeling menjadi tarikan utamanya. Kontur pantainya yang landai untuk aktiviti renang menambahkan kelebihannya sebagai salah sebuah lokasi pantai tercantik di rantau ini.

Begitupun, variasi kehidupan marinnya tidak 'semeriah' Pulau Manukan. Justeru, ramai pengunjung yang datang ke Pulau Sapi adalah untuk menikmati aktiviti yang lebih relaks seperti berjemur di tepian pantai dan menyaksikan keajaiban suasana ketika matahari terbenam.

Kesimpulanya ,tempat ini memang menarik dan saya akan datang lagi untuk pergi baki pulau yang tidak sempat untuk pergi.

2 ulasan:

  1. rindunya nak revisit sabah.rindu makan best, snorkling & pemandangan indah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm InsyaAllah ada rezeki boleh pergi lagi :)

      Padam