Selamat datang ke BelajarBlogs...
Home » » Medical Check-Up sebelum masuk IPT

Medical Check-Up sebelum masuk IPT


Semalam Abe Nik pergi menemani dan hantar adik perempuan pergi buat Medical Check-Up di Klinik Kesihatan Pasir Gudang berdekatan je dengan rumah Abe Nik. Biasanya setiap IPT sebelum daftarkan diri kena buat medical check-up dulu mungkin untuk mengetahui keadaan kesihatan. Pembayaran sebanyak RM 40.00 dan perlu dibayar di kaunter sebelum buat Medical check-up.
Doktor akan periksa satu persatu dan menuggu tu memang lama ,semalam sahaja 5 jam saya menunggu adik saya baru siap itupun saya sudah pergi awal pagi memang ramai orang.

Bagus jugak buat Medical check-up boleh mengesan suatu penyakit sejak awal. kalau boleh setahun sekali Makin awal suatu penyakit dikesan, maka makin cepat pertolongan yang dapat diberikan. Dengan begini, penyakit tidak berlanjut ke tahap yang lebih serius.


Apa yang saya lihat doktor memeriksa adik saya mengenai :

Berat Badan

Indeks masa tubuh (body mass index / BMI) yang tidak normal boleh mencetuskan pelbagai penyakit. Kegemukan boleh meningkatkan risiko strok, penyakit jantung, diabetes jenis 2, osteoartritis, tekanan darah tinggi, dan kanser. Sedangkan keadaan fizikal yang terlalu kurus berisiko melemahkan sistem kekebalan tubuh, mengakibatkan osteoporosis, dan anemia.

Sebenarnya BMI boleh dikira sendiri di rumah. Caranya: berat badan (kg) / tinggi (m) 2. BMI normal untuk penduduk Asia adalah 18.5 hingga 22.9. Namun jika anda mengalami penurunan berat badan secara drastik, obesiti, atau mempunyai BMI yang tidak normal, segera dapatkan nasihat kepada doktor untuk menanganinya.


Tulang

Ujian kepadatan tulang bertujuan untuk mengetahui kekuatan tulang dan membantu mendiagnosis osteoporosis (tulang reput). Pemeriksaan dilakukan dengan X-ray.

Lain-lain


  • Pemeriksaan Mata (Doktor juga memeriksa ketajaman visual dengan mengunakan poster bertuliskan huruf )
  • Pemeriksaan Telinga
  • Pemeriksaan Ruang Mulut
  • Pemeriksaan jantung
  • Melakukan Ujian air kencing 


Medical check-up ini mengikut borang IPT yang telah kita download semasa anda berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di tempat yang anda memohon.

5 ulasan:

  1. benda wajib sebelum daftar.. kalau dtg lewat beratur la sampai ke ptg

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm betul2 hu3 nik x leh tgk ramai org pening kepala jadi hu3

      Padam
  2. Teringat zaman medical check up dulu2.. Mujur masa tu tak ramai org

    BalasPadam
  3. saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

    BalasPadam