JeritanBlog telah ditukar nama BelajarBlogs...
Home » » Perodua Bezza Sedan 2016

Perodua Bezza Sedan 2016


Perodua Bezza didatangkan dalam lima varian, iaitu 1.0L Transmisi Manual dan Automatik, 1.3L Premium X Transmisi Manual dan Automatik serta 1.3L Advanced Version Transmisi Automatik Varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), iaitu fungsi keselamatan yang mengesan dan mengurangkan gelinciran yang membolehkan pengguna mengekalkan kestabilan semasa memandu. 

Varian ini juga didatangkan dengan Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Tarikan (TRC) yang membolehkan pemandu mengekalkan daya tarikan di atas jalan yang licin Satu lagi ciri-ciri pertama bagi Perodua adalah butang mula/henti dengan kunci pintar yang hanya boleh didapati dalam varian 1.3L. Dari segi multimedia, varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan alatan mudah alih multimedia yang membolehkan pengguna mengakses media sosial dan hiburan daripada gajet Android ketika kenderaan berada dalam keadaan statik Pautan

(Sales & Service Location)

(Klik Gambar untuk lebih jelas)
Presiden dan Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata Bezza disasarkan untuk mereka yang berhasrat untuk menukar kereta, terutama pasangan yang baharu berkahwin dan muda.
"Berdasarkan harga mampu milik dengan kualiti global, kami yakin sedan baharu ini akan mendapat sambutan baik daripada pembeli," katanya pada taklimat media sempena sesi pandu uji Bezza untuk media di sini, hari ini.
Tempahan untuk Bezza dibuka  dan Perodua dijadual melancarkan model sedan Perodua Bezza itu secara rasmi dalam majlis pelancarannya pada 21 Julai 2016. 
Harga

Aksesori

Warna

PERODUA Bezza didatangkan dengan enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam iaitu ‘sugar brown’, biru laut, ‘lava red’, ‘ebony black’, ‘glittering silver’ dan ‘solid ivory white’  



Keselamatan



Program Penilaian Kenderaan Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP) mengeluarkan kenyataan berkenaan kedudukan kenderaan terbaharu keluaran Perodua iaitu Bezza. Ia adalah kenderaan sedan pertama dan juga kenderaan pertama yang dilengkapi dengan Electronic Stability Control (bagi varian tertentu) syarikat itu.

Ini adalah antara keputusan Bezza dalam ujian penilaian tersebut

  • mencatat 15.38 mata dalam penilaian Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP)
  • 5 bintang dalam kategori AOP (hanya untuk varian dengan Dua Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar Hadapan (SBR) dan Electronic Stability Control (ESC) sahaja
  • 4 bintang dalam kategori AOP untuk varian lain
  • 85% pematuhan dalam Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP)
  • 4 bintang dalam kategori COP – antara penyumbangnya adalah Bezza dilengkapi secara standard dengan ISOFIX dan penambat atas bagi tempat duduk kanak-kanak
  • Bezza datang dengan beg udara berkembar hadapan dan SBR untuk pemandu secara standard

 “Dengan semua ciri ini dan kedudukan 5 bintang yang dicapai oleh Perodua Bezza varian dengan ESC, ia pasti berada di kedudukan yang kompetitif berbanding dengan pesaingnya,” kata Pengerusi ASEAN NCAP, Prof. Dr. Wong Shaw Voon.


Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah anda pergi di kedai perodua yang berdekatan.
(Sales & Service Location)











Sumber : bharian,careta.my

15 ulasan:

  1. cam best juga Bezza niey. haii.. blogwalking and klik iklan sini. hihi.

    BalasPadam
  2. macam vios pun ade. ok jugak la dengan harga

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermmm nik pon suka jugak tgk bentuknya

      Padam
  3. Tgk macam luas btl kereta ni. Menarik tp dah malas berhutang untuk kereta ni. huhuhuhu

    ZH Blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermmm itulah Abe Nik nie pon lebih suka beli kete second klau bleh yg berjenamalah baru ok ngan kena pandai tgk enjin....takut kena tipu susah jugak hu3...

      Padam
  4. cantiklah model kereta ni,class gitu.. done follow you too Nik =)

    BalasPadam
  5. wow ... cantiknya. nampak besar boot kereta ni sebijik cam saga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm reka bentuk macam saga cuba ada kelainan sikit...lebih comel hi3...boot dia memang besar dari saga

      Padam
  6. menarik design dia... harga pun affordable.. tapi tu lah, 1.3...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klau orang mudah biasanya mesti nak cc tinggi
      klau 1.5 itu pon kira ok dah

      Padam
    2. tu lah.. at least 1.5... dia punya fuel consumption should be better than 1.3

      Padam
  7. saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

    BalasPadam