JeritanBlog telah ditukar nama BelajarBlogs...
Home » » Repair Motorsikal Yang Tidak Boleh Hidup

Repair Motorsikal Yang Tidak Boleh Hidup





Abe Nik sudah abis diploma dan hanya tunggu untuk sambung ke Degree akhir bulan lapan , Kebetulan pulak adik nik yang kedua dapat praktikal kat Johor .Kami adik beradik belajar jauh memang jarang balik Johor Bahru. Motor lama tersadai x guna dah berapa tahun sebab ayah Nik dah beli motor baru jadi x gunalah motor lama nie.

Adik Nik nak repair lah motor nak pergi tempat praktikal dia. Mula2 nak pergi hantar kedai lepas tu kita orang nak buat sendiri padal x tau sangat pasal motor nie, Abe Nik tau pasal kereta je . empat hari kitaorang repair baru siap hi3, itupun tanya orang macam mna nak buat. Jadi abe Nik hanya nak jugak kongsi ape yang abe Nik sampai boleh hidup enjin motor nie.

Kalau kita tinggalkan motosikal dah lama, memang kadang-kadang agak susah untuk hidupkan enjin motor.Untuk pengetahuan anda semua motor yang saya baiki ni Suzuki Shogun 125.

Apa Sebab Masalah Enjin Motor Tidak Boleh Hidup (Start) 


Masalah Bateri


Biasanya kalau motor dah lama tersadai kemungkinan batteri motor sudah kong atau air battery sudah kurang. Sebolehnya tukar , kalau air kurang je masukkan air dan kalau boleh guna tidak perlu tukar.

Masalah Minyak Hitam

Minyak hitam mungkin lama tidak ditukar dan hampir kering atau isipadu minyak hitam tidak mencukupi. Minyak hitam perlu ditukar sekurang-kurangnya 2,3 bulan sekali. Biasanya Minyak hitam ini tidaklah ada efek yang menyebabkan motor tidak boleh start sebolehnya kalau dah lama tidak guna kenalah tukar.

Masalah Spark Plug Rosak


Spark Plug ini punca motor anda boleh hidup/ start dengan lancar jika pembakaran yang dihasilkannya adalah bagus. Jika enjin motor tak boleh hidup, berkemungkinan besar disebabkan Spark Plug sudah rosak dan tidak dapat menghasilkan pembakaran yang mencukupi atau sempurna untuk menghidupkan motor. Jika Spark Plug sudah jadi hitam, mungkin ia perlu diganti dengan yang baru.

Masalah Tangki minyak



Punca enjin motor tidak boleh hidup mungkin disebabkan minyak habis ataupun maslah pada tangki minyak seperti bocor atau kotor. Tangki minyak yang kotor mungkin menyebabkan minyak tersumbat dalam saluran.Abe Nik check saluran minyak dan tukar tempat kawal minyak masuk ke Carburetar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas tu Abe Nik Star memang boleh tapi bila tekan minyak dia mati. Tanya Sedara Abe Nik, Dia katan kena bersihkan Carburetor motor sebab dah lama tinggal mungkin banyak yang sudah tersumbat dalam tu.


*guna kick starter berbanding electric starter yang kuat makan bateri
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersihkan Carburetor  Motor




Karburator pada mesin motor tentu merupakan salah satu komponen motor yang cukup vital. Fungsi karburator sendiri adalah menyatukan udara dan bahan bakar yang kemudian akan disalurkan kedalam ruang pembakaran.

Oleh karena itu sangat penting untuk menjaga karburator dari gangguan bahan lain yang masuk kedalam karburator sehingga menyebabkan karburator motor tidak berfungsi dengan baik.

Merawat karburator sebenarnya cukup mudah, dengan melakukan pembersihan secara berkala pada karburator motor, akan membuat fungsi karburator berjalan maksimal.

Yang penting kena tahu kedudukanya sebelum bukan , Abe Nik record guna telefon sebelum membukanya. Setelah buka carburetor ,Cari Alat seperti bekas yang boleh buat rendam dalam minyak Petrol dan bukak satu persatu carburetor dan rendamkanya dalam bekas berisi minyak. Jangan lupa bersihkan sekali mengunakan berus supaya daki2 yang lama tu keluar dan bagi saluran lubang yang kecik gunakan jarum untuk mengorek lubang takut ada tersumbat dalam saluran setiap lubang yang ada dalam carburetor motor (Kalau ada Mesin Kompresor tembak je angin).

Apabila sudah siap Abe Nik pasang dan akhirnya berjaya hidupkan enjin tapi tidak boleh nak adjust saluran masuk minyak dan angin Jadi abe Nik terpakasa bukak balik satu persatu dan periksa lagi mana lubang yang tidak bersihkan lagi seterusnya rendam semalaman dalam bekas yang berisi minyak pertol. 

Esok Pagi2 lagi Abe Nik pasang dan selepas tu motor dah ok dan bergembiralah dengan hasil usaha sendiri.



12 ulasan:

  1. cayalahhhh repair moto sendiri :) kalu ado ilmu, mudohh nk wt kijo. dihhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu , abe nik nie pon keluarga sederhana je
      Jadi kalau boleh rosak apa2 repair sendiri sampi dah x leh nak buat baru antar kedai.....

      Padam
  2. kalau ada skill memang boleh repair sendiri...kalau aRz mau makin rosak moto tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha3 betul tu kih3
      pandai bukak kenalah pandai pasang

      Padam
  3. wohoho tk pernah tahu pun pasal semua ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm penting tau ...dpt tau sikit x pe dah

      Padam
  4. Takde motor kalau sda boleh lah suruh repair hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abe Nik pom bukan pandai sgt baru belajar

      Padam
  5. Salam saya nk tanye kalo nk repair tangki minyak motor kat mane ya area seremban

    BalasPadam
  6. Salam saya nk tanye kalo nk repair tangki minyak motor kat mane ya area seremban

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau seremban x pastilah sebab sya duduk.kat area JB

      Padam
  7. saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

    BalasPadam