Sabtu, Mei 18, 2019

Resepi Karipap Pusing


Minta maaf kerana video kali ini tidak berapa menarik ,saya edit setakat mana yang terbaik sebab sibuk sebagai Last Year Student. Saya sekarang masih berada di asrama dan balik rumah raya nanti dan kalau sempat saya akan buat respi kuih yang lain. Mak saya banyak tau resepi dia simpan dan yang rahsia memang saya tidak ambiklah hihihi. Sokongan dan komen anda amatlah dialukan untuk bagi kongsi pendapat,pandangan dan ada salah saya akan perbaiki.


Step 1 : Bahagian Luar 

Tepung gandum 2 ½ cawan
Telur 1 biji
1 Sudu Kecil Air Kapur
3/4 Cawan Air sejuk(Ais Batu)
Secubit Garam
*satukan semua bahan, gaul hingga sebati dan  dibulatkan
*bentuk bulat jadikan 20 biji @ 22

Step 2 : Bahagian Dalam

Bahagian dalam (tepung kedua)
Tepung gandum 2 cawan
Manjerin 1 cawan panaskan sampai didih
*bentuk bulat jadikan 20 biji @ 22

*Panaskan majerin sampai didih dan tuang kedalam bekas yang berisi tepung pastikan gaul bersama semasa panas.Ia akan jadi lembut, lembik sedikit dan boleh dibentuk.

Step 3 : Inti

4 biji kentang saiz besar ~ di potong dadu kecil
Sedikit Isi Ayam dipotong kecil
3 sudu besar rempah kari
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
3 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis

Cara
1) Panaskan minyak
2) Tumiskan bawang merah dan putih hingga harum dan garing
3) Masukkan rempah kari dan masak sampai  pecah minyak dan masukkan air
    secukupnya.
4) Masukkan kentang dan masak hingga lembut
5) Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
6) Biarkan ia kering
7) Angkat dan toskan minyaknya.
This entry was posted in

16 ulasan:

  1. Tq resepi nnt bleh cuba :)

    BalasPadam
  2. dh lama x makan.. tq utk resepi... 1st time datang sini, done follow blog. jemput ke blog saya juga nnti ya. terima kasih

    BalasPadam
  3. sama2 ok nanti sya datang hihihi

    BalasPadam
  4. amboi terror nya adik...hakak pun tak pernah buat karipap pusing ni...mau berpusing kepala hakak...mana tau hakak teringin nak buat...boleh rujuk kat video ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada mak saya boleh buat kalau sorang x taulah boleh k x huhuhu

      Padam
  5. singgah sini dan follow..terima kasih berkongsi resepi.

    BalasPadam
  6. wah sibuk sibuk pun sempat masak hehe. my fav kuih.. karipap!

    BalasPadam
  7. cara membuatnya (kulit karipap) mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada dalam video tudari awal sampai akhir

      Padam
  8. susah nak buat ni tapi sedap

    BalasPadam
  9. kan2 nak buat tu pening jugak huhuhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...