Selasa, Januari 21, 2020

Prosedur Penukaran Enjin



Langkah pertama : Hadir ke Puspakom dan bawa dokumen
i. Surat kastam 1
ii. Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
iii. Kenderaan

Dokumen yg perlu ada:
1. Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin Borang B2
2. Geran Pendaftaran yang asal
3. Resit asal pembelian enjin/halfcut dari kedai potong.. kena pastikan enjin yg anda beli tu ada Resit
4. Surat Kastam K1 yang disahkan (dapatkan dari kedai potong dimana anda beli enjin anda)
5. Insuran yang baru
seterusnya...siapkan dokumen2 tersebut dlm 4 salinan.. bawak dokumen2 tersebut ke Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ terdekat.

Tukar enjin melalui 2 peringkat pemeriksaan.
Contoh :

Kereta
i. (ujian brek) lulus/gagal dapat laporan VR1 - RM35
ii. (ujian keseluruhan) lulus/gagal dapat laporan B2 - RM25

*Wajib lulus kedua-dua ujian pemeriksaan tersebut. Jika gagal salah satu ujian tersebut, wajib ulang balik dengan bayaran yang lain.

Langkah kedua : Setelah lulus ujian pemeriksaan Puspakom, isi borang K8 di Pejabat JPJ untuk pinda maklumat enjin lama pada enjin baru. Bawa bersama laporan Puspakom B2 dan VOC. (jika wakil hadir sertakan salinan myKAD pemilik kenderaan dan wakil yang hadir). Selesai.

Tiada bayaran dikenakan, ianya percuma.

Kecuali ingin mendapatkan VOC yang baru, bayaran RM50 dikenakan.

Langkah ketiga : Kalau melibatkan kes atau permasalahan salah satu di bawah wajib berjumpa dengan Pegawai di Bahagian Kejuruteraan Automotif(KA) di JPJ sebelum masuk ujian pemeriksaan Puspakom.
i. Enjin melebihi 30% dari enjin asal.
contoh 1.3cc tukar 1.8cc

cara kira 30%
(Enjin Baru : 1800 ) – (Enjin Lama : 1300 )
------------------------------------------ X 100 = 38.46%
(Enjin Lama : 1300 )

ii. Tukar enjin berlainan model cth naza kpda nissan
iii. Tukar bahan bakar kenderaan cth dari petrol ke diesel..

Langkah keempat: Selesai mendapat surat kebenaran daripada Kejuruteraan Automotif(KA), baru hadir ujian pemeriksaan Puspakom dan membuat pengesahan butiran kenderaan di JPJ.

Nota penting : Jika beli enjin dengan kawan-kawan perlu dan wajib buat surat akuan sumpah bagi menggantikan Surat Kastam 1.

*Bagi motosikal pula, penukaran enjin tidak boleh dilakukan melainkan atas sebab berlakunya kemalangan dan menyebabkan enjin motosikal telah musnah. Laporan daripada polis juga diperlukan bagi membuat permohonan di Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ berdekatan untuk memasang enjin baru pada motosikal tersebut*


source : https://www.facebook.com/JPJLabuan/

0 comments:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...