Isnin, Disember 28, 2020

Resepi Donut Kentang


Donut ini istemewa sikit dimasukkan sekali kentang, baik juga untuk kesihatan kita bersama. Resipi ini mudah diikuti dan bolehlah utk tambah beberapa barang mengikut citarasa anda.Pastikan doh tu naik sempurna dengan yis, barulah donat nanti naik gebu. 


BAHAN-BAHAN :



1 1/2 sudu besar susu pekat

1 sudu besar gula kasar

1 paket yis segera

Air suam


500gm tepung gandum

Garam

baking powder

200gm kentang – direbus

majerin

Gula castor secukupnya untuk donut yang dah goreng.


CARA MEMASAK :


1.Masukkan air suam kedalam bekas(Jangan Air Panas).Kemudian Tuangkan yis, masukan 1 sudu gula kasar dan masukan 1 1/2 sudu susu pekat , tutup bekas. Biarkan yis tu naik dengan aman. Ketepikan

2. Mula sekali rebus kentang. Dah empuk, kopek kulitnya dan lenyek sampai lumat.

3. Pastikan kentang lenyek sehingga lumat. Masukkan tepung gandum , majerin, garam dan baking powder. Ratakan tepung.

4. Masukan bahan A yang telah siap tadi dan uli hingga lembut (tepung tidak lekat ditangan).

6. Dah siap uli, cover besen dengan penutup. Biarkan sampai dia kembang dengan cantik.

7. Lepas dah kembang, pukul biar angin dia keluar ,cekut dan bulat bulatkan. Susun atas loyang yang ditaburi tepung.

8. Biarkan ia kembang sekali lagi. Pastu goreng. Masa panas kena golek kat gula, kalau dah tak panas nanti gula tak lekat. Guna gula castor.



1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...