Selasa, Disember 08, 2020

Resepi Masak Lemak Jantung Pisang + Ayam

 Resepi Masak Lemak Jantung Pisang + Ayam



Bahan-bahannya

 

jantung pisang  

1 setengah biji kelapa (1 biji santan, 1/2 kerisik)

biji ketumba

bawang merah

bawang putih

cili

1 ekor ayam

lengkuas

kunyit

garam

asam keping

gula melaka




 Cara:

Langkah 1

*Goreng setengah kelapa parut tanpa minyak hingga menjadi kuning keemasan. Pastikan guna api kecil sahaja. Jika api besar, kelapa akan hangus dan kerisik akan jadi pahit.

kisar kelapa goreng tadi  sampai keluar minyak. barulah ia menjadi kerisik.


*Selepas itu sediakan Kerisik, biji ketumba,bwng merah,bwng putih,chili,ayam,lengkuas,kunyit,jantung pisang

Kerisik angaran 1 cwn

Biji ketumba 2 sudu

Ayam 1 ekor


*Potong kecil cili,kunyi,lengkuas,bawang merah, bawang putih beseta 2 sudu biji ketumba 

Masuk kesemua bahan tadi dan kisar


Langkah 2

*Bersihkan jantung pisang. Potong kecil jantung pisang.

*rebus jantung pisang separuh masak


Langkah 3

*1 ekor ayam dimasukkan

*Masukan bahan yang telah dikisar tadi(cili,kunyi,lengkuas,bawang merah, bawang putih beseta 2 sudu biji ketumba )

*Masuk asam keping,gula melaka dan sedikit garam

*Masukan 1 biji air santan 

*Masuk jantung pisang

*Masukan Kerisik 1 cawan

0 comments:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...