Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Laksam Kelantan





 


Bahan untuk kuah laksam:
600g Ikan
3 Biji Bawang Merah (kisar)
11 Ulas Bawang Putih (kisar)
2 Inci Halia (ketuk bgi dia pecah jer)
1 Sudu Lada Hitam( ketuk sampai hancur)
4 Keping Asam Jawa
1/2 Gula Melaka
1 Biji Kelapa (santan)
Garam

Cara untuk kuah laksam:
Rebus ikan bersama sedikit air, agak-agak tenggelam ikan sahaja. Masukkan 1 asam keping, sedikit garam dan gula melaka. Rebus dalam anggaran masa 15 minit. 
Apabila ikan sudah masak, sejukkan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya. 
Kisar isi ikan bersama sedikit air.
Tulang ikan pon kisar jugk lepastu tapis yer.
Kisar bawang merah, bawang putih bersama air sedikit.
Air rebusan ikan jangan dibuang.
Air rebusan ikan tadi masukkn biji Lada hitam yang telh diketuk (sampai hncur) dan masukkn halia yng telah diketuk sedikit dan masukkn air bwng dan masukkn ikan yng dikisar dn jugk tulang ikan yng telah ditapis dan rebus sehingga mendidih.
Lepas didih letak garam secukup rasa dan jugk santan. Kacau di atas api yang perlahan. Tak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan jadi kurang sedap. Memadai cuma selama 5 minit atau 10 minit

Bahan untuk laksa kukus:
500g tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2L air panas (anggaran)
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul..
2. panaskan pengukus dgn api yg kuat, pastikan air banyak dan air mendidih ye sebelum mengukus.
3. Sapukan minyak pada tudung periuk, masukkan adunan dengan menggunakan senduk.
4. Kukus dalam 5 minit dan jika laksam gelembung tu maksudnyaya
ah masak.

Bahan untuk sambal belacan:
10 biji cili besar merah
10 biji cili padi hijau
2 inci belacan( bakar)
1 sudu garam

Bahan untuk ulam-ulaman:
kacang panjang
timun
Daun kesum

Catat Komen

0 Ulasan