Ad Code

Responsive Advertisement

Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Blueberry cheese tart




 

Blueberry cheese tart

Sugar Tart Base
227gm Butter
40gm Gula Aising
2 biji telur kecil(warna kuning sahaja)
20 gm Susu Tepung
375gm Tepung Biasa
Beberapa Titik  esen vanilla (tidak mahu bagi bau telur)

Cara- Caranya
1) Pukul marjerin dan gula Aising dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2) Masukkan 2 telur kuning kalua kecil ,kalua besar hanya sebiji sahaja dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu bagi sebati.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4) Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5) Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais selama 30 minit.
6) Acuan sapu dengan mentega atau butter untuk tidak mahu bagi melekat.
7) Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Kami mengunakn oven besar jdi bakar pada suhu 100C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
8) Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an utk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheesenya pula.

Bahan-Bahan untuk cream cheese filling

500gm krim keju

30gm butter

100gm gula aising

2 biji telur kecil(warna kuning sahaja)

1 sudu kecil esen vanilla

Jem blueberry

 

Cara- Caranya

1)      Keluarkan cream cheese 5 minit( agak kembang) sebelum digunakan. Jangan biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

2)      Putar 30gm Butter dan gula aising hingga berkrim.

3)      Masukkan 2 telur kuning kalua kecil ,kalau besar hanya sebiji sahaja dan esen vanilla. Putar lagi.

4)      Masukkan 1 sudu kecil esen vanilla.

5)      Masukkan Cream Cheese sedikit demi sedikit

6)      Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

7)      Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

 

Cara buat lorekkan.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil-kecil di bahagian tepi.

Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!

Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 15 minit pada suhu 100C. Suhu bergntung pada oven masing2. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak.


Catat Komen

2 Ulasan

  1. www.foodpackagingkl.com/Food packaging wholesales, Plastic food container, Cooler Bag, Ziplock Bag, Seal Bag and etc..

    BalasPadam
  2. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    BalasPadam

Ad Code

Responsive Advertisement